Malu! Malu! Malu!
Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang yang sikit pun tak ada rasa malu. Bukan setakat tayangkan gambar untuk satu dunia, BANGGA pulak tu. Tak malu ke? Serious? Even orang baru kahwin pun, parents pesan, apa jadi dalam bilik dengan suami jangan dicerita orang. Mana nak letak air muka?
Ajaran Agama Islam makin berkurangan ke? I don't think so. Ustazah dan Ustaz kat sekolah mesti ada mendidik, tapi apa lagi yang tak cukupnya? Nak kata kehidupan sosial? Terlampau suka bergaul sampai tak ingat batasan antara lelaki dengan perempuan? Benda tu boleh dikawal. Kalau cakap ikut kawan, jangan jadi bodoh boleh tak? Tak boleh fikir sendiri apa consequences dia?
Memang kita hidup dunia bercampuran, tapi tak semestinya kita kena gadaikan maruah kita. Malu! Sedih! Tak sedih ke kita tengok dunia ni dah menjadi-jadi. Sampai golongan yang lebih tua pun tak tahu nak handle remaja zaman sekarang ni macam mana. Parents kalau marah, anak stress dan mula lah buat benda2 macam lari dari rumah ke, telan pil ke, cubaan bunuh diri ke.
I know i'm not perfect, and who am I to say this. All I can do is, ask Allah to forgive the people that made these mistakes. Ask Allah to open their hearts and minds (macam lagu Maher Zain), dan berdu'a janganlah buat umat Islam yang lain termasuk diri sendiri, terikut-ikut dengan perbuatan mereka. Jauhkanlah dosa dari diri sendiri dan juga orang lain.
Sangat sedih. Tabiat golongan muda makin menjadi-jadi. Rasa malu sikit boleh tak? That's all I ask for.
No comments:
Post a Comment